Akaun novelisdylas.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
[PREORDER] Hikayat Elementalis Purba - Jilid 2 - Elemental Nexus

==========

AKHIRNYA!

Terima kasih untuk sokongan 1,000+ pembaca versi bercetak dan 4,900+ pembaca ebook Hikayat Elementalis Purba Jilid 1 - Pewaris Phoenix.

Disebabkan oleh sokongan anda, kita boleh sambung kembara di Solara dalam Jilid 2 pula.

Oh. Terlepas Jilid 1?

Jangan risau. Saya ada buka harga kombo jimat postage.


==========

FEEDBACK PEMBACA JILID 1!













==========

SINOPSIS JILID 1


Solara, sebuah dunia di mana para penduduknya mampu menjalin afiniti dengan salah satu daripada lima elemen iaitu Api, Air, Angin, Tanah dan Logam. Sudah lebih jutaan tahun kelebihan ini dimiliki oleh mereka. Namun, belum mampu lagi buat mereka untuk melepasi tahap Raja Elemental dan masih berada di dalam kategori Planet Bawahan. Disebabkan oleh itu, pada sepuluh ribu tahun yang lalu, mereka telah diserang oleh Puak Iblis yang datang dari Planet Netheron, sebuah Planet Atasan. Tahap Elemental tertinggi di Planet Netheron adalah Maharaja Elemental. Satu tahap lebih tinggi daripada Elementalis di Solara.


Puak Iblis yang mempunyai kekuatan keseluruhan yang jauh lebih kuat pada ketika itu diketuai oleh Raja Iblis Azroth dan Dua Belas Panglima Iblis. Kehadiran mereka hanya membawa kemusnahan. Tiada satu nyawa pun tersisa di tangan mereka. Mujurlah Solara mempunyai Lima Pelindung Elemental yang mewakili setiap Elemen. Bersama-sama mereka, Elementalis Teragung, Elementalis Agung dan lain-lain, berusaha untuk mematahkan serangan dan mengalahkan Puak Iblis. Namun, sekalipun Alam Semesta mengenakan sekatan terhadap kuasa Elemental milik Puak Iblis, seni tempur dan ilmu serta teknologi lain milik mereka masih lagi jauh mengatasi Solara. Raja Iblis Azroth dan Dua Belas Panglimanya mudah mengatasi Elementalis di Solara. Ketika nasib mereka semua seperti sudah di penghujung, muncul individu luar biasa yang mampu mengawal semua Elemen, Elemental Nexus.


Nexus tidak boleh untuk campur tangan sepenuhnya di dalam peperangan ini dan telah mengurniakan Pelindung Elemental Api ketika itu, Solandar Solhart, kuasa daripada Mergastua Elemental Sakti, Phoenix. Sekalipun hanya mampu menguasai sekitar satu perempat daripada kuasa Phoenix, Solandar yang disertai oleh Elementalis lain berjaya menghapuskan separuh daripada Dua Belas Panglima Iblis. Separuh lagi dan Raja Iblis Azroth sendiri telah mengalami cedera parah. Mereka melarikan diri ke Netheron semula.


Besar juga harga yang terpaksa dibayar oleh penduduk Solara. Solandar Solhart dan ramai lagi Elementalis Teragung telah terkorban di dalam peperangan ini. Apa yang lebih merisaukan adalah ramalan Si Peramal Tua selepas sepuluh ribu tahun, mengatakan bahawa Puak Iblis akan kembali dengan lebih kuat dan ganas, kurang dari lima tahun lagi. Adakah para penduduk Solara dan Elementalis yang ada sudah bersedia untuk sekali lagi menghadapi ancaman yang mampu menjadi 'kiamat' buat mereka?


Mampukah penduduk di Solara terselamat kali ini dan siapakah yang akan menjadi Pewaris Phoenix yang seterusnya? Sertai kembara Alexis Reinhart bersama-sama rakan-rakan seperjuangannya dalam kembara mereka untuk merungkai misteri kematian kedua ibu dan bapa Alexis, misi Pewaris Phoenix, mengumpulkan para Pelindung Elemental Solara generasi baru, merungkai misteri Aura Emas yang telah menarik perhatian Elementalis di Solara dan banyak lagi.


==========

SINOPSIS JILID 2


Cahaya Suci, sebuah organisasi yang dikatakan paling mulia dan keras menghapuskan saki baki Puak Iblis serta mereka yang mengkhianati manusia dengan memeterai perjanjian dengan Iblis akan membuat kemunculan mereka tanpa berselindung lagi kali ini di Solara. Ketua organisasi dan semua Elementalis pangkat tertinggi dalam Cahaya Suci akan memburu pemilik Aura Emas. Bukan sahaja mereka. Ramai lagi yang mempunyai tujuan yang sama. Semua ini disebabkan oleh ramalan Si Peramal Tua. Apakah tujuan mereka sebenarnya? Adakah pemilik Aura Emas dalam bahaya? 


Alexis pula berjaya merungkai beberapa rahsia berkaitan kuasa dan aura yang dimilikinya. Ada satu kenyataan yang sungguh pahit untuk ditelan sekalipun dia berjaya untuk mendapatkan maklumat mengenai identiti Elemental Nexus, pemilik Aura Emas dan kenapa kuasa Phoenix berakhir di tangan Solandar. Dunia bukan hanya berkisar mengenai manusia dan Iblis. Ada banyak lagi yang mereka tidak tahu dan bersedia untuk mengancam Solara. Lebih berat dan besar amanah yang terpaksa dipikulnya. Halangan yang terpaksa dihadapinya juga bukanlah datang daripada mereka yang biasa-biasa. Mampukah Alexis menghadapi semua ini?


Camille dan Lisandra, dua wanita yang kini mengembara bersama-sama Alexis sebenarnya mempunyai identiti yang akan mengejutkan sesiapa sahaja. Apakah identiti sebenar mereka? Adakah identiti sebenar mereka akan memberikan kesan terhadap hubungan dan juga misi mereka? 


Berbeza pula kisahnya di Akademi Elemental, Alexa dan Laxus sedang berada di dalam 'kegilaan' baru mereka. Mendaki Carta Kuasa. Namun, di sebalik kegilaan ini, ada satu perkara yang merisaukan mereka semua. Mengenai Laxus. Dia...kelihatan sedikit berbeza. Ketika inilah baru mereka sedar bahawa mereka tidak pernah menyoal beberapa perkara mengenai masa kecil Laxus. Hidup di Wilayah Buangan namun mampu untuk menjalin afiniti dengan Elemen? Siapa yang membantu Laxus atau siapa Laxus sebenarnya?


Cukup rasanya spoil banyak tu dulu. Hahaha! Panjang lagi sebenarnya kembara kita di Solara. Apa yang saya kongsikan tadi untuk bab-bab awal dalam novel Hikayat Elementalis Purba Jilid 2 - Elemental Nexus sahaja.


==========

MENGENAI PREORDER


Preorder Hikayat Elementalis Purba Jilid 2 - Elemental Nexus ini akan dibuka sehingga 30/3/2024 (11.59 malam).

Postage akan dilakukan kepada pembeli bermula 14/4/2024.


MENGENAI NOVEL


Saiz : A5

Muka Surat : Sekitar 390 Muka surat

Patah Perkataan : Sekitar 70,000 Patah perkataan

Cover : Artcard 230 gsm

Binding : Perfect Binding


Harga : 

Jilid 2 - RM29

Jilid 1 - RM32

Kombo Jilid 1 & Jilid 2 - RM61


POSTAGE :

Jilid 2 sahaja

Semenanjung +RM8

Sabah & Sarawak RM10


Kombo Jilid 1 & Jilid 2

Semenanjung +RM8

Sabah & Sarawak RM13


==========

FREE GIFT!


Kali ini saya nak berikan banyak free gift kepada anda. Tanda penghargaan daripada saya. 







JOM! PREORDER SEKARANG!

Isi maklumat dan buat pembayaran di bawah.