![[EBOOK] Hikayat Elementalis Purba - Jilid 1 - Pewaris Phoenix [EBOOK] Hikayat Elementalis Purba - Jilid 1 - Pewaris Phoenix](https://novelisdylas.onpay.my/media/forms/18-digitalhepj1-1706715970.jpg)
==========
FEEDBACK PEMBACA!
==========
SINOPSIS
Sepuluh ribu tahun yang lalu, Solara, sebuah dunia di mana para penduduknya mampu menjalin afiniti dengan salah satu daripada lima elemen, Api, Air, Angin, Tanah dan Logam, telah diserang oleh Puak Iblis yang datang dari Planet Netheron, sebuah Planet Atasan.
Puak Iblis ketika itu diketuai oleh Raja Iblis Azroth dan Dua Belas Panglima Iblis, datang dan melakukan pelbagai jenis kemusnahan di Solara. Mujurlah Solara mempunyai Lima Pelindung Elemental yang mewakili setiap Elemen.
Bersama-sama mereka, Elementalis Teragung, Elementalis Agung dan lain-lain, berusaha untuk mematahkan serangan dan mengalahkan Puak Iblis. Namun, siapa sangka Puak Iblis terlalu kuat. Ketika nasib mereka semua seperti sudah di hujung, muncul individu luar biasa yang mampu mengawal semua Elemen, Nexus.
Nexus telah menganugerahkan Pelindung Elemental Api ketika itu, Solandar Solhart, kuasa daripada Mergastua Elemental Sakti, Phoenix. Sekalipun hanya mampu menguasai sekitar suku daripada kuasa Phoenix, Solandar dan Elementalis lain berjaya menghapuskan separuh daripada Dua Belas Panglima Iblis. Separuh lagi dan Raja Iblis Azroth telah mengalami cedera parah. Mereka melarikan diri ke Netheron semula.
Besar juga harga yang terpaksa dibayar oleh penduduk Solara. Solandar Solhart dan ramai lagi Elementalis telah terkorban di dalam peperangan ini. Apa yang lebih merisaukan adalah ramalan Si Peramal Tua pada masa sekarang, mengatakan bahawa Puak Iblis akan kembali dengan lebih kuat dan ganas, kurang dari lima tahun lagi. Adakah para penduduk Solara dan Elementalis yang ada sudah bersedia untuk sekali lagi menghadapi ancaman yang mampu menjadi 'kiamat' buat mereka?
Mampukah penduduk di Solara terselamat kali ini dan siapakah yang akan menjadi Pewaris Phoenix yang seterusnya? Sertai kembara Alexis Reinhart bersama-sama rakan-rakan seperjuangannya dalam kembara mereka untuk merungkai misteri kematian kedua ibu dan bapa Alexis, misi Pewaris Phoenix, mengumpulkan para Pelindung Elemental Solara generasi baru, merungkai misteri Aura Emas yang telah menarik perhatian Elementalis di Solara, mencari identiti siapakah Nexus dan kenapa dia tidak terus mengalahkan Puak Iblis dan banyak lagi.
Ke nak baca dulu 5 bab pertama? Boleh >> KLIK SINI <<
==========
SEDIA UNTUK PERMULAAN KEMBARA DI SEBUAH DUNIA FANTASI DAN ELEMENTAL SOLARA?
MENGENAI EBOOK
Muka Surat : Sekitar 500 Muka surat
Patah Perkataan : Sekitar 68,000 Patah perkataan
Harga : RM9
Akses akan diberikan serta merta selepas pembayaran dilakukan.
[SPECIAL]
Kalau anda rasa novel ni best dan bercadang untuk dapatkan versi fizikal bila saya buka preorder seterusnya, anda akan diberikan kod diskaun sebanyak RM9.